Gagal Turun Promosi, Yusof Haslam Tidak Pertikai Zizan & Aaron Aziz

[x]

Gagal Turun Promosi, Yusof Haslam Tidak Pertikai Zizan & Aaron Aziz

on Wednesday 9 October 2013

 Pihak produksi tidak pernah mempertikaikan komitmen yang diberikan oleh dua pelakon utama filem KL Gangster 2 iaitu Zizan Razak dan Aaron Aziz dalam mempromosikan karya itu.

Menurut kata produsernya Datuk Yusof Haslam, kedua-dua pelakon tersebut telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sepanjang proses pembikinan filem berkenaan.

“Tiada masalah bagi pihak kami jika mereka tidak turun promosi kerana kami faham komitmen mereka berdua.

“Lagi pula Zizan kini sibuk dengan mengacara program Akademi Fantasia 2013 dan Aaron kini berada di Afrika Selatan. Mereka sudah beritahu saya awal-awal tentang jadual kerja mereka,” katanya.

Yusof berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar Ahad lalu tentang komitmen Zizan dan Aaron Aziz yang tidak muncul dalam setiap kali majlis yang dianjurkan untuk promosi filem tersebut.

Dia tidak pernah terasa hati dengan kedua-dua aktor itu dan memahami tanggungjawab mereka dengan kerja dan produksi lain.

“Saya faham tugas artis seperti mereka dan langsung tidak berkecil hati jika mereka tidak turun dalam rangka promosi.

“Cerita ini tersebar mungkin ada kru atau pelakon lain yang menganggap ia tidak adil bagi mereka untuk mengadakan promosi tetapi dua artis itu tidak ikut sama. Bagi saya ia tidak menjadi masalah,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang Syamsul selaku pengarah filem itu, Yusof berkata, anaknya sering berhubung dengan ibunya untuk mendapatkan maklumat tentang filem tersebut.

“Dia sekarang tinggal dengan ibu saudaranya dan sering juga balik ke rumah untuk bertemu saya dan ibunya. Saya selalu ingatkan dia berapa juga kutipan yang dapat tidak sama dengan nilai kasih sayang kami sekeluarga terhadapnya,” kata Yusof.
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved