Ibu Malang Mangsa Dera Dikurung Anak Tanpa Makanan

[x]

Ibu Malang Mangsa Dera Dikurung Anak Tanpa Makanan

on Wednesday 9 October 2013

 

Seorang ibu malang mendakwa dikurung anaknya selama empat hari di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah tanpa sebarang makanan. Ketika ditemui, ibu malang itu memberitahu bahawa beliau sudah tak sanggup untuk tinggal bersama anaknya dan mahu lari dari rumah tersebut.

Penderitaan ibu malang itu terbongkar apabila salah seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammad, 41, bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa kerana pelik apabila kelibat mangsa tidak kelihatan lebih daripada seminggu.

Mereka amat terkejut apabila dimaklumkan mangsa dikurung anak lelakinya dalam keadaan pintu rumah berkunci selama empat hari tanpa sebarang makanan. Beliau terpaksa meminum air sejuk bagi menahan lapar. Mangsa turut mengakui sering dipukul menantunya, malah pernah beberapa kali ditendang cucunya yang masih kecil atas kesalahan tidak diketahui.
Keadaan tempat tidur mangsa yang menyedihkan

Menurut Mohammad, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu. Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.

Tak boleh bayangkan masih ada orang yang sanggup melayan Ibu yang telah melahirkan kita ke dunia ini seperti ini. Jika segala yang dilaporkan adalah benar, moga mereka cepat-cepat kembali kepangkal jalan. Ingatlah Syurga kita adalah di bawah telapak kaki seorang ibu.
sumber: http://myblogsantai.blogspot.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved