Isu Sharnaaz & Pekin Kini Selesai

[x]

Isu Sharnaaz & Pekin Kini Selesai

on Friday 25 October 2013

Sharnaaz Ahmad dilaporkan telah bertemu dengan Pekin Ibrahim pada malam Rabu bagi meleraikan tuduhan kononnya dia menjadi penyebab hubungan Pekin dengan Uqasha Senrose putus.

Menurut Sharnaaz, dalam pertemuan itu dia menjelaskan kepada Pekin tentang tuduhan dia mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha sebenarnya adalah satu fitnah sementara hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.

“Saya berjumpa dengan Pekin untuk berbincang bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan syukurlah Pekin faham penjelasan saya dan dia turut meminta maaf kerana salah faham terbabit.

“Saya percaya, ada pihak yang menyampaikan cerita tidak betul kepada Pekin untuk melaga-lagakan kami,” jelas Sharnaaz ketika dihubungi wartawan.

Terdahulu akhbar pada Khamis melaporkan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, mendakwa tunangnya iaitu Uqasha Senrose, sudah beberapa kali berlaku curang termasuklah menjalinkan hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.

Malah Pekin turut mendakwa mempunyai bukti terhadap tuduhan bekenaan. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, pula menerusi laporan yang sama menafikan dakwaan Pekin sebaliknya menuntut pelakon itu mengemukakan bukti sebelum membuat sebarang tuduhan selain mendakwa kekasihnya seorang yang panas baran.
Kedua-dua pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved