Pelakon Yang Meninggal Semasa Dalam Kontrak Penggambaran

[x]

Pelakon Yang Meninggal Semasa Dalam Kontrak Penggambaran

on Thursday 24 October 2013

Artikel ini memaparkan pelakon-pelakon luar negara yang meninggal semasa dalam kontrak berlakon. Bagi yang baru je start penggambaran tu kira ok la kan, tapi jadi hal lain apabila penggambaran filem atau drama tu dah hampir siap atau separuh siap. Hal ini menyebabkan penggambaran filem atau drama terpaksa dibatalkan dan mereka yang terlibat kerugian yang amat teruk.
Dibawah adalah beberapa pelakon yang meninggal semasa penggambaran,

1. Heath Ledger

Pada 22 Januari 2008, Heath Ledger ditemui mati di apartmen Manhattan akibat daripada pengambil dadah yang berlebihan. Pelakon dari Australia ini baru sahaja selesai penggambaran "The Dark Knight" Christopher Nolan dan berada di tengah-tengah penggambaran filem "The Imaginarium Dr Parnassus" semasa beliau meninggal dunia.

2. Marilyn Monroe

Pelakon Hollywood berambut perang yang terkenal ini meninggal semasa dalam proses penggambaran filem komedi yang bertajuk " Something's Got to Give " apabila beliau ditemui mati di rumahnya pada 5 Ogos 1962. Punca kematian Monroe dilaporkan akibat dari penggunaan dadah jenis “barbiturates” yang berlebihan. Kes beliau juga disiasat berkemungkinan sengaja membunuh diri.

3. Brandon Lee


Brandon Lee, merupakan anak lelaki kepada ahli seni mempertahankan dirilegenda Bruce Lee, beliau terbunuh semasa melakukan aksi pada set "The Crow"pada 31 Mac, 1993. Watak Lee yang sepatutnya menerima tembakan dalam scenenya itu bertukar tragedi apabila handgun yang digunakan mengandungi peluru sebenar. Tembakan tersebut terkena pada bahagian perut beliau dan meninggal dunia lewat hari itu. Beliau meninggal duna pada umur 28 tahun.

4. River Phoenix

Beliau meninggal semasa proses dalam penggambaran drama " Dark Blood," River Phoenix meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan pada 31 Oktober 1993 di luar The Room Viper di Hollywood. Bedah siasat mendapatipelbagai ubat termasuk kokain dan morfin di dalam sistem badannya. "Dark Blood" kekal belum siap selama 19 tahun dan akhirnya dikeluarkan pada tahun 2012.

5. Steve Irwin

Pengembara kesayangan Australia dan “Animal Advocate” Steve Irwin, dikenali sebagai “The Crocodile Hunter”, telah disengat oleh duri ikan pari dan terbunuh pada 4 September 2006 semasa proses penggambaran dokumentari " Ocean's Deadliest."
sumber: http://randominf0.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved