Kereta Jimmy Shanley Di Bakar Bermotif Khianat

[x]

Kereta Jimmy Shanley Di Bakar Bermotif Khianat

on Thursday 10 October 2013



Kereta jenis Chevrolet Optra milik seorang pelakon dan pengacara program Trek Selebrity, Jimmy Shabley Norjahan Saleh, 33 ditemui hangus terbakar hingga rentung selepas kereta itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai. Kereta itu didakwa dilarikan penjenayah ketika Jimmy pulang ke Ipoh kerana menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya yang telah meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kereta tersebut ditemui oleh orang ramai pada jam 7.30pagi semalam dalam keadaan terbakar berhampiran Batu 5 1/2 ladang kelapa sawit. Orang ramai juga turut mengesaki ia berkaitan dengan perbuatan jenayah lalu segera menghubungi pihak berkuasa.

“Berikutan itu, anggota peronda bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta model Chevrolet berwarna hitam hangus dibakar.

“Anggota polis menjalankan siasatan terhadap nombor casis pada kereta dibakar itu bagi mengenal pasti pemiliknya dan melakukan semakan susulan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mengenal pasti kenderaan itu milik seorang selebriti tanah air, Jimmy Shanley,” katanya, semalam.

“Polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kereta itu. Malah, tiada satu pun barang milik mangsa di dalam kenderaan itu yang terselamat.

“Kes itu kini diambil alih pihak polis Ipoh untuk siasatan lanjut dan Jimmy dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun, saya anggap kes ini pelik kerana kereta itu dibakar selepas dicuri,” katanya.

Beliau berkata, anggota Unit Polis Forensik turut dipanggil ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan mengesan sekiranya terdapat mangsa di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun, tiada mangsa ditemui dan kereta itu baru saja dibakar beberapa jam sebelum ditemui. Polis menyiasat sebarang kemungkinan dan kaitan perbuatan jenayah itu dengan unsur khianat atau sebagainya,” katanya.

Nama Jimmy Shanley pernah menjadi sebutan kerana isu retakan rumahtangganya dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi iaitu bercerai selepas 20 hari berkahwin. Juga kes tuntutan penjagaan anak mereka Zahrah Rania Shanley berlarutan selama dua tahun.
sumber:

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved