Rangka manusia ditemui di kolam ikan Sungai Kroh, Tapah

[x]

Rangka manusia ditemui di kolam ikan Sungai Kroh, Tapah

on Thursday 10 October 2013

TAPAH: Rangka manusia dipercayai milik seorang lelaki berusia 30-an dijumpai seorang orang Asli yang ingin menjerat burung berhampiran sebuah kolam ikan di Sungai Kroh, Air Kuning, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Som Sak Din Keliaw berkata pihaknya percaya rangka berkenaan ditinggalkan lebih tiga bulan.

"Buat masa ini identiti serta punca kematian belum dikenal pasti.

"Tengkorak dan beberapa cebisan tulang dijumpai di kawasan berkenaan dihantar ke hospital ipoh hari ini untuk disiasat dan dikenal pasti,"katanya pada sidang media di sini.
sumber: http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved