Mati pucuk makan ubat kuat

[x]

Mati pucuk makan ubat kuat

on Tuesday, 8 October 2013


AKIBAT terpengaruh dengan rakan, seorang lelaki berusia 25 tahun sanggup mengambil ubat kuat berbentuk kapsul buatan negara jiran.
Fairuz (bukan nama sebenar) menceritakan pengalamannya terpaksa dirawat dan menjalani pembedahan pada kemaluan selepas menggunakan produk terbabit.

Menurutnya, ubat berbentuk kapsul itu diperolehi daripada seorang teman sepejabat yang turut mendapatkan produk itu daripada rakannya yang lain.

“Masa tu saya dah berkahwin. Namun, atas sebab nak lagi power saya sanggup bayar RM200 bagi sekotak ubat kuat yang di dalamnya mengandungi 50 kapsul,” katanya.

Fairuz berkata, kapsul itu ternyata menggembirakan kehidupannya kerana menurutnya, dia mampu bersama isteri empat kali dalam satu malam.

Namun, selepas hampir dua tahun menggunakan produk itu, kemaluannya tiba-tiba tidak mengeras seperti biasa ketika hendak melakukan hubungan.

“Saya ingatkan ia perkara biasa, namun selepas beberapa kali gagal mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya merujuk perkara ini dengan doktor pakar dan mereka sahkan saluran darah dan urat di kemaluan
tersumbat dan perlu pembedahan segera untuk memulihkannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya hampir lima bulan dia terlantar di hospital disebabkan kesan sampingan ubat kuat yang diamalkannya.

“Memang serik, tak sangka boleh jadi macam ni. Tak pasal-pasal saya terpaksa menanggung kos rawatan mencecah RM50,000 dan peluang untuk mempunyai anak juga tipis meskipun kemaluan saya sudah pulih sepenuhnya,” katanya.
sumber: http://lekjer.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved