Miranda Kerr lupa anak?

[x]

Miranda Kerr lupa anak?

on Tuesday 8 October 2013

MASIH mampu mengekalkan popularitinya dipentas peragaan, maka tidak hairanlah wanita secantiknya banyak menerima tawaran modeling.

Akui semakin sibuk memenuhi tawaran, Miranda Kerr, berkata, dia kini jarang dapat menghabiskan masa bersama suami dan anak tersayang.

“Saya akui, jadual karier saya terlalu padat. Pernah sekali ketika mengadakan persembahan di Paris Fashion Week saya tidak berpeluang berjumpa anak saya, Flynn yang masih kecil (3 tahun) sehingga membuatkan saya menangis kerana terlalu merinduinya.

“Dalam hal ini, saya perlu lebih bijak untuk membahagikan masa. Jika tidak saya pasti mengalami masalah sama,”kata isteri kepada aktor Orlando Bloom
Menurut Kerr, dia kini sibuk menjalani promosi untuk koleksi pakaian terbaru Chanel di seluruh dunia.

“Pelbagai pertunjukan yang saya terima, tapi adakala saya terpaksa menolaknya kerana ingin memberi ruang bersama keluarga tersayang.

“Sesibuk mana sekalipun saya sering mengingatkan diri bahawa keluarga tetap paling utama dan saya sangat bertuah kerana mempunyai suami seperti Orlando yang banyak membantu menguruskan rumah tangga,”
katanya.
sumber:Sinar Harian Online

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved