Nahas MASwings - Ibu Tercampak Ketika Peluk Anak

[x]

Nahas MASwings - Ibu Tercampak Ketika Peluk Anak

on Sunday, 13 October 2013



Nahas MASwings - Ibu Tercampak Ketika Peluk Anak | Seorang penumpang pesawat Twin Otter milik MASwings yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Kudat kelmarin, tercampak kira-kira dua meter ketika memeluk erat dua orang anaknya dalam tragedi itu.





Fauziah Pelimin, 32, memegang erat dua anaknya, Nur Filzah Raudhah Redzuan, 1, yang berada di atas pangkuan dan Mohd. Raiyan Fatmi, 4, yang duduk di sebelahnya ketika pesawat dalam keadaan terhuyung-hayang.

Akibat hentakan dan gegaran kuat, Fauziah tercampak sehingga melangkaui empat buah kerusi di hadapannya namun dua anaknya itu terselamat dan kekal di tempat duduk masing-masing.

Menurut suaminya, Redzuan Binting, isterinya yang retak tulang belakang cuba bangun untuk mencari dan menyelamatkan anak-anak mereka namun gagal berdiri kerana kecederaannya.

"Dia sempat menghubungi saya dengan telefon penduduk kampung dan memaklumkan mengenai kemalangan itu serta memberitahu kesemua anak kami selamat dan masih hidup cuma berdarah," kata Redzuan ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth II di sini hari ini.

Beliau turut dikunjungi oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Fauziah ketika ini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu.

Menurut Redzuan yang bekerja sebagai Penyelaras Kokurikulum Daerah Lahad Datu, sejurus selepas isterinya menghubungi kira-kira pukul 4.15 petang, dia segera memandu ke hospital itu dari Lahad Datu.

Ditanya mengenai keadaan anak-anaknya, dia berkata, Nur Filzah Raudhah yang mengalami luka-luka kecil di dahi dan kepala masih trauma dan langsung enggan berpisah dengannya terutamanya semasa hendak tidur.

Namun abangnya, Mohd. Raiyan Fatmi katanya, agak tenang dan mampu bermain-main dengan sepupunya seperti tidak mengingati tragedi itu.

"Saya tanya dia, siapa yang selamatkan abang, juruterbang ke, dia jawab orang lain yang selamatkan sebab juruterbang (maksudnya pembantu juruterbang, Marc Joseph Bansh) sudah mati.

"Saya tanya lagi, hendak naik lagi ke kapal terbang, dia jawab mahu tetapi yang lebih besar, tidak mahu yang kecil," katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved