Adam Levine dakwa gelaran paling seksi lucu

[x]

Adam Levine dakwa gelaran paling seksi lucu

on Tuesday 26 November 2013

Adam Levine

Beberapa hari ini Adam Levine masih dalam kejutan selepas diumumkan sebagai Lelaki Paling Seksi. Malah menerusi E! News, juri The Voice itu sempat berkongsi perasaan mengikut jejak langkah George Clooney, Johnny Depp dan Brad Pitt.

“Ia sesuatu yang luar biasa, lucu, menyeronokkan dan mengujakan,” katanya.

Ditanya sama ada dia berasa lebih kacak sebaik meraih gelaran itu, dedahnya, itulah kali pertama dia berasakan dirinya sedikit tampan.

Begitupun, kata penyanyi berusia 34 itu, gelaran terbabit datang dengan tanggungjawab besar, malah bersedia menerima kritikan selain yakin perjalanannya akan lebih menarik.

Dia juga tidak terlepas daripada usikan ramai, tidak terkecuali tunangnya yang juga model Victoria’s Secret, Behati Prinsloo.
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved