Rais Yatim dibayar RM100,000 nyanyi sebuah lagu

[x]

Rais Yatim dibayar RM100,000 nyanyi sebuah lagu

on Tuesday 26 November 2013



Penaung Persatuan Karyawan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim dibayar RM100,000 kerana menyanyikan sebuah lagu berjudul "When I Fall In Love" dalam Majlis Malam Amal Warisan Seni Karyawan di Hotel Istana.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, wang hasil tajaan individu daripada sebuah badan koporat yang enggan didedahkan namanya itu adalah bagi mengisi tabung kebajikan persatuan yang dianggotai lebih 1,000 artis tempatan.

"Tan Sri Rais menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Nat King Cole yang mana ini adalah kali pertama beliau menyanyi pada majlis anjuran Karyawan. Selain itu isteri beliau, Puan Sri Masnah Rais pula menyanyikan sebuah lagu bertajuk "Ubek Kan Denai".

"Lagu persembahan isteri beliau juga dibayar RM70,000 yang kemudian dimasukkan ke dalam tabung kebajikan Karyawan. Keseluruhannya majlis makan malam amal ini berjaya mengutip dana sebanyak RM350,000," katanya.

Pada majlis itu, seramai 22 artis yang kurang bernasib baik seperti Julie Dahlan, Yazid Search, Samsuddin Lamin, Kamal Pendek, Zaiton Sameon, Lai Meng, Pak Limra, Mimi Loma dan MY Samsudin menerima bantuan sehingga RM5,000 setiap seorang. 
sumber: - UTUSAN ONLINE


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved