Ketika ditemui, Alfeeq Haiqal yang kini seorang freelance fitness trainer atau pelatih kecergasaan di sekitar Lembah Klang itu telah merancang untuk memberi kejutan kepada ibunya itu yang sedia maklum mengenai minatnya dalam menyertai pertandingan sebegini.
“Sehingga ke hari ini, saya belum memberi tahu dia(Noraniza Idris) mengenai perkara ini kerana ingin membuat kejutan kepadanya. Dia akan mengetahuinya pada malam ini jika dia dapat hadir pada acara memperkenalkan finalis yang dianjurkan oleh penganjur Mister Planet Malaysia 20134 di Upstairs Club, Cheras.
“Daripada dulu dia mengetahui minat saya dalam bidang peragaan dan lakonan malah dia memang menyokong minat saya kearah itu jadi saya rasa dia tidaklah akan sangat terkejut,”cerita Alfeeq Haiqal mengenai rancangan untuk memberitahu ibunya mengenai kejayaan menjadi finalis Mister Planet Malaysia 2014.
Julung kali diadakan di negara ini, Mister Planet Malaysia 2014 dianjurkan oleh Malaysian United Nations Pageant dibawah kelolaan Azman Bosri mencari idola jejaka tempatan untuk bertanding di Mister Planet 2014 di Filipina tahun hadapan dengan 60 perserta daripada seluruh dunia.
Alfeeq Haiqal telah mendapat sokongan teman-teman yang dapat melihat kebolehannya dalam bidang seni antaranya dunia lakonan. Berbekalkan wajah dan keyakinan diri, dia cuba untuk percaya pada kelebihan yang dimilikinya itu sebagai senjata serta penguat semangatnya didalam pertandingan ini.
“Saya pun tak tahu kelebihan saya berbanding peserta lain tetapi saya harus percaya dengan apa yang saya miliki dan keyakinan yang tinggi untuk membuatkan kita tampil menyerlah. Keyakinan diri sangat membantu mengawal setiap gerak langkah kita dan saya cuba untuk tidak kehilangan sepanjang pertandingan ini.
“Sedikit sebanyak saya buat juga research di Internet mengenai pertandingan seumpama ini dan juga pertandingan ratu cantik bagi melihat contoh-contoh soalan yang seringkali diajukan kepada peserta acara sebegini,”tambahnya yang mengaku masih solo dan tiada sebarang masalah untuk menerima komitmen bercinta dalam masa terdekat.
Tidak meletakkan sebarang jolokan atau title, menjadi finalis sudah membuka mata anak kepada penggiat muzik tradisional dan irama Malaysia ini untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni terutamanya dunia lakonan.
sumber: Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment