Kisah Sebenar Video Pengasuh Dera Kanak-Kanak di Taska Taman Melati

[x]

Kisah Sebenar Video Pengasuh Dera Kanak-Kanak di Taska Taman Melati

on Monday 4 November 2013

 Seorang bapa kepada kanak-kanak mangsa dera di pusat asuhan kanak-kanak menceritakan bagaimana pengasuh di Taska Permata Harapan membohonginya setiap kali diajukan soalan tentang kanak-kanak yang sering menangis di taska jagaan pengasuh tersebut.
Setiap kali mahu dihantar ke pusat asuhan, anaknya akan menangis. Curiga dengan situasi itu, seorang bapa bertindak memasang kamera tersembunyi bagi mengetahui puncanya.

Hasilnya cukup mengejutkan apabila anak-anak yang dihantar ke pusat asuhan itu, didapati dipukul dan ditampar oleh pengasuh.

Dakwa pengadu yang mahu dikenali sebagai Mohamad, situasi dialami anaknya telah berlarutan sejak empat bulan lalu. Pusat asuhan berkenaan terletak di Taman Melati, ibu negara.

Kemudian timbul idea untuk memasang kamera tersembunyi pada beg sekolah anaknya. Dan ini yang diperolehi hasil rakaman yang dilakukan pada 18 Oktober lalu. Kejadian berlaku pada salah seorang kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan ini.

"Sebelum buat rakaman sering mendengar setiap kali kita hantar anak ada je kanak-kanak menangis jawapannya sentiasa kata biasa kanak-kanak sentiasa menangis lepas mandi". Kata bapa kepada kanak-kanak mangsa dera.

Rakaman itu kemudian dikongsi dengan seorang ibu yang turut menghantar anaknya ke pusat asuhan tersebut.

Laporan polis sudah dibuat selain aduan dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kemas.

Lebih mengejutkan apabila Kemas memaklumkan bahawa pusat asuhan itu tidak berdaftar.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved