Artis ‘dirasuk’ hantu judi

[x]

Artis ‘dirasuk’ hantu judi

on Saturday 23 November 2013


Sukar SS nak percaya apabila mendapat berita seorang artis lelaki popular kaki judi sedangkan dia memang dikenali sebagai seorang yang cukup bersopan santun dan patuh suruhan agama.

Rakan SS yang rapat dengan artis terbabit memaklumkan artis itu ada tabiat buruk iaitu gemar bermain mesin judi. Katanya, tabiat itu sudah sebati dengan artis terbabit dan sukar dikikis lagi.

Lebih parah lagi, artis terbabit sanggup berhutang semata-mata untuk memenuhi tabiatnya yang gila judi. Pelik SS dengan perangainya, habis duit hasil kerjanya dihabiskan ke meja judi. Paling teruk, anak bininya pun diabaikan.

SS difahamkan, artis terbabit memang kaki judi sejak dia mula-mula membabitkan diri dalam bidang seni. Namun, walaupun kini penampilannya sudah berubah dan dilihat lebih ke arah keagamaan, tetapi tabiat buruk itu sukar dibuang sama sekali! Apalah nak jadi. Memang dia ini betul-betul dirasuk ‘hantu judi’ nampaknya.

SS harap artis ini segeralah berubah. Lagipun peminat memang hormat dengannya berikutan sikapnya yang mudah mesra, peramah dan menghormati orang.
sumber: http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved