Nama anak pun nak sorok?

[x]

Nama anak pun nak sorok?

on Saturday 23 November 2013


Usia bayi mereka sudah mencecah empat bulan tetapi hingga sekarang pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle belum sedia berkongsi nama anak mereka dengan pihak media.

SS pun tak faham kenapa susah sangat hendak mendedahkan nama anak mereka hingga perlu berahsia.

Kalau SS dapat anak comel seperti anak mereka itu, SS langsung tidak kisah mengumumkan nama anak SS apatah lagi anak itu satu kurniaan terbesar dalam hidup, ibu bapa seharusnya berasa bangga.

Bila mereka berdua berahsia seperti ini, mendorong lebih ramai orang mencari maklumat mengenai anak mereka. Lagi bahaya jika maklumat yang diperoleh itu tidak betul.

SS bukannya mahu sibuk dengan urusan hidup mereka malah sedar itu hak masing-masing. Cuma, bila mereka mengambil pendekatan sebegini, ia menimbulkan tanda tanya dan spekulasi yang tidak baik.

Sekarang ini, SS hanya mahu bersangka baik. Apapun, kita tunggu sajalah sampai pasangan suami isteri sama cantik dan sama padan itu mengumumkan nama anak mereka.
Pilih nama anak biar maksudnya baik agar mencerminkan peribadinya bila besar kelak
sumber:http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved