Ella Nafi Hamil, Jalani Pembedahan Buang Apendiks

[x]

Ella Nafi Hamil, Jalani Pembedahan Buang Apendiks

on Friday 22 November 2013


Baru-baru ini desas desus ratu rock Ella dikatakan hamil tersebar luas di laman sosial. Namun sebaliknya Ella memberitahu bahawa perkara itu tidak benar, Ella sebenarnya menjalani pembedahan membuang apendiks tetapi telah disalah anggap oleh sesetengah pihak dan menganggap dia sedang hamil.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri di sini dan sedang dalam proses pemulihan.

“Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu,” katanya.

Menurut Ella, dia hanya menganggap perkara tersebut berlaku adalah kerana mereka mengambil berat tentang dirinya. Ella juga turut mengakui bahawa dia masih menanti kehadiran cahayamata untuk memeriahkan rumahtangganya bersama suami, Azhar Ghazali.
sumber:
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved