Perkahwinan Mewah Jupe Batal?

[x]

Perkahwinan Mewah Jupe Batal?

on Friday 22 November 2013


Umum tahu sebelum ini pelakon dari seberang, Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe sedang rancak membuat pesiapan perkahwinannya bersama kekasih hati yang juga seorang pemain bola sepak yang berasal dari Argentina, Gaston Castano.

Namun begitu setelah semua persiapan hampir siap untuk meraikan hari bahagia mereka yang bakal berlangsung pada minggu depan, tiba-tiba sebuah media Indonesia melaporkan bahawa perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu dan perkara tersebut turut diakui oleh Jupe menerusi sebuah video rakaman yang dimuat naik menerusi laman YouTube semalam.

Melalui perkongsian video tersebut, difahamkan ini merupakan pembatalan kali kedua perkahwinan mereka, setelah kedua-duanya gagal berkahwin pada tahun lepas. Akibat terlalu kecewa dengan pembatalan terdahulu, Jupa nekad membakar gaun perkahwinan mereka.

Jupe mengaku majlis perkahwinannya bersama Gaston batal

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Jupe akui buat masa ini Gaston masih belum mengetahui berita pembatalan perkahwinan mereka dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa jam lepas Jupe sempat memuat naik status kecewa di laman sosialnya yang berbunyi :


Jupe ingin mencari pengganti Gaston?

Meskipun sedih dengan beritu tersebut, nampaknya Jupe masih lagi sempat bergurau dengan para pengikut laman sosialnya dengan mengatakan bahawa, pada mana-mana jejaka yang sudi bernikah dengannya, diminta agar menghantar resemu dengan segera.

Untuk makluman, majlis lamaran Jupe dan Gaston sepatutnya berlangung pada 30 November ini. Nampaknya segala perbelanjaan mewah yang telah disediakan oleh Jupe ternyata hanya sia-sia dan amat merugikan aktres penuh kontroversi itu.

Mungkinkah selepas ini Jupe akan membakar gaun pengantinnya buat kali kedua atau mereka akan kembali bersatu? Apa pun, kita nantikan sahaja kisah cinta penuh kontroversi mereka nanti ya.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved