Farid Kamil Bagi Kebebasan Kepada Diana Danielle

[x]

Farid Kamil Bagi Kebebasan Kepada Diana Danielle

on Thursday 21 November 2013


Dalam usia perkahwinan yang sudah memasuki satu tahun, aktor dan pengarah filem 'Pe3', Farid Kamil Zahari menjelaskan yang dia menyerahkan kebebasan untuk isterinya, aktres Diana Danielle untuk menentukan masa mereka akan menimang cahaya mata kedua. Cahaya mata pertama mereka, Muhammad kini telah berusia empat bulan.

"Sebenarnya, saya serahkan urusan perancangan cahaya mata seterusnya ini kepada yang Maha Kuasa. Kami suami isteri hanya mengikut ketetapan takdir Ilahi. Namun begitu, saya berikan kebebasan kepada Diana untuk memilih dan menentukan bila kami mahu mempunyai cahaya mata yang kedua. Tiada paksaan untuk itu," jelas Farid ketika ditemui di Majlis Tayangan Episod Akhir Jodoh Itu Milik Kita (JIMK) di Rasta Taman Tun Dr. Ismail, Damansara pada Isnin.

Dalam pada itu, Farid menceritakan yang Diana akan berulang-alik dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan tugasannya.

"Buat masa ini, Diana masih lagi menetap di kampung halaman saya di Kedah. Tapi dia berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan filem lakonannya iaitu 'Kami Histeria' dah 'Hanyut' yang bakal menjengah pawagam," ujar pelakon filem '7 Perhentian' ini.

Mengulas mengenai kejayaan JIMK yang dikatakan setanding dengan fenomena drama bersiri 'Adam dan Hawa', Farid menjelaskan yang dia terkejut dengan hal ini.

"Saya rasa ini satu kejutan kepada diri saya sendiri apabila pihak Astro beritahu yang JIMK setanding dengan 'Adam dan Hawa'. Tenaga produksi yang menjayakan JIMK adalah bekerja dengan bagus sekali dan hasilnya pun sangat membanggakan dan memberi impak kepada penonton," tutur Farid lagi.

Farid kini sedang menjalani penggambaran filem terbaru terbitan MIG yang berjudul 'Kitai'. Filem tersebut menggandingkan dirinya bersama Shaheizy Sam dan Fezrul Khan. Selain itu, Farid juga bakal mengarahkan filem ke-100 terbitan MIG. Kini Farid sedang meneliti dua skrip filem yang bercorakkan aksi iaitu filem 'Ops Cantas' dan 'Bodyguard dari Kedah'.
sumber:http://www.gua.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved