Nabil Elak Mencarut Atas Pentas

[x]

Nabil Elak Mencarut Atas Pentas

on Thursday 21 November 2013

Pelawak serta pengacara popular, Nabil Ahmad memberitahu terperanjat apabila dirinya dipilih untuk mengendalikan anugerah berprestij, Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) pada 14 Disember hadapan, di Stadium Putra Bukit Jalil.

Bergandingan dengan pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nabil mengakui berasa gementar menjelang malam kemuncak anugerah yang sudah memasuki dua dekad itu.

“Bukan senang untuk berdiri di atas pentas AIM dan ia merupakan satu peluang yang sangat bagus bagi pengacara baru seperti saya. Ini kali pertama saya mengendalikan acara berskala besar dan ia satu platform yang saya tidak mahu lepaskan. Ini juga kali pertama saya bergandingan dengan Pak Nil dan peranan saya lebih kepada menceriakan keadaan manakala Pak Nil lebih kepada memberi informasi. Penonton ingin melihat keserasian antara kami dan saya harap dapat buat yang terbaik pada malam itu nanti,” ujar Nabil ketika ditemui pada sidang media AIM 20 di Hotel Istana, baru-baru ini.

Apabila pelawak menjadi pengacara, sudah pasti pentas akan menjadi gamat dengan lawak serta aksi spontan mereka. Ditanya adakah dia akan berhati-hati dengan penyampaiannya nanti, memandangkan sebelum ini pernah berlaku insiden yang tidak enak membabitkan pelawak yang menjadi pengacara, di mana mereka dikatakan mengguris hati pasangan pengacara serta tetamu yang hadir secara sengaja atau tidak sengaja, Nabil mengakui akan peka dengan perkara tersebut.

“Sudah tentu perkara yang menakutkan bagi seorang pelawak adalah jika terguriskan hati sesiapa. Saya akan mengambil pendekatan berjaga-jaga agar lawak saya tidak menyentuh perasaan sesiapa. Saya ada pengalaman mengendalikan acara yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Sultan serta Timbalan Perdana Menteri dan apa yang saya tahu, kita mesti minta kebenaran terlebih dahulu untuk melaksanakan tugas kita.

Apa yang saya akan lakukan ialah saya tidak akan mencarut, menyentuh isu politik, menjatuhkan seseorang atau membuat apa saja yang melanggar etika. Saya juga akui agak gementar andai saya melalut di atas pentas, namun saya akan cuba lakukan yang terbaik,” ujar Nabil sambil mengakui membuat rujukan dengan melihat semula cara pengacara-pengacara sebelum ini mengendalikan AIM.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved