Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, mangsa yang berusia 18 tahun mengalami kecederaan di muka, kedua belah kaki dan tangan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi selepas dimasukkan ke situ kira-kira pukul 4 petang semalam.
Menurut beliau, polis menerima maklumat daripada hospital memaklumkan mengenai kes tersebut.
“'Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kesan luka dan lebam baharu dan lama," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment