Menerusi blog Mazidul Akmal Sidek, dilaporkan remaja yang hilang itu (Izzat) telah dijumpai di Flat Desa Mutiara (Johor Bahru). Remaja tersebut bersama rakannya kemudian telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato’ Onn untuk direkod kenyataan.
Apa yang menjadi persoalannya, mengapa remaja tersebut dibawa ke balai polis sekali dengan rakan perempuannya? Adakah dia memang sengaja menyorok di rumah kekasihnya? Pelik juga....
Menurut Mazidul, Izzat dan rakan-rakan, dikatakan telah menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara berkumpulan.
Dalam kumpulan seramai 20 orang itu mereka menuju ke Villa Nabila pada jam lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air.
Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam yang menetap di flat Desa Mutiara, yang mengenali identiti Izzat kemudian terus bertindak menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis.
#Bikin kecoh jerrr.......
sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment