Gadis Koma di Dera Keluarga Angkat Akhirnya Meninggal Dunia

[x]

Gadis Koma di Dera Keluarga Angkat Akhirnya Meninggal Dunia

on Tuesday, 19 November 2013

 Seorang gadis mualaf yang dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar Langkawi tiga hari lepas kerana disyaki didera oleh keluarga angkatnya dilaporkan meninggal dunia jam 8.40 malam tadi.

Rumah keluarga mangsa

Kematian gadis malang itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, ACP Mohd Nashir Ya.

Berdasarkan laporan, polis mendapati terdapat kesan lebam lama dan baru pada tubuh mayat mangsa, menguatkan dakwaan bahawa mangsa didera sehingga mati oleh ibubapa angkatnya.

Menurut jiran terdekat, ibu bapa angkat mangsa berketurunan India Muslim yang merupakan suspek utama telah ditahan reman pihak polis selama 7 hari untuk membantu siasatan.

Difahamkan mangsa, Nur Salina Abdullah, 18 tahun tinggal bersama keluarga angkatnya sejak berusia 4 tahun dan memeluk islam sejak setahun lepas.



Menurut jiran tersebut, mangsa seorang yang baik dan pendiam namun sejak empat hari lepas kelihatan tidak sihat dengan keadaan kaki yang bengkak semasa sedang menyidai baju di bahagian belakang premis kedai makan terbabit.

#Semoga pelaku dihukum setimpal dengan perbuatannya itu....
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved