Hasad dengki dengan rakan sendiri

[x]

Hasad dengki dengan rakan sendiri

on Saturday 23 November 2013


Duduk menyewa di rumah yang sama, tetapi asyik menjeling. Kalau sudah setiap hari menjeling, tak takut ke mata tu juling? Atau pun kalau sudah terlalu menyampah sangat dengan rakan serumah pindah sajalah. Bagi SS, kalau dah meluat sangat, bayang orang itu pun SS tak nak tengok.

Pada awal kemunculan mereka dalam arena seni, hubungan dua artis ini sa­ngat baik. Saling menyokong kerjaya masing-masing tetapi entah macam mana rezeki artis A lebih mencurah-curah sementara kerjaya seni artis B tidak ke mana.

Meskipun begitu, artis A sedar diri dan tidak pernah lupa kawan dan kemesraannya terhadap artis B tidak pernah pudar. Bagaimanapun SS dengar cerita yang artis B semakin dengki dan dendam dengan artis A sehingga dia langsung tidak mahu berbual dan memandang wajah artis terbabit. Pun begitu, si artis A tetap buat macam biasa kerana dia tak mahu sebarang pertelingkahan dengan artis B itu malah dalam diam dia turut mendoakan agar artis itu juga berjaya dalam kerjaya seninya.

Pernah suatu ketika dek kerana terlalu menyampah dengan artis A, artis B pernah menuduh rakannya dapat banyak tawaran kerana kuat bodek. Sekali lagi artis A tak kuasa nak bergaduh lalu dia mendiamkan diri saja sambil berdoa agar Allah SWT melindungi dirinya.

Artis A tak mahu membuat sebarang andaian kerana kalau tersilap tuduh, ia sudah jadi dosa besar. Lantas dia terus menjaga solatnya dan amalan lain agar dijauhkan Allah SWT daripada segala bala bencana kerana dia percaya jika dia berada di pihak yang benar, pasti Allah SWT akan membantunya.

Kepada artis B itu, lebih baik dia bekerja keras daripada terus berhasad dengki. Insya Allah kepada siapa yang rajin berusaha pasti ada balasannya.
sumber: http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved