Aishah jadi hero!

[x]

Aishah jadi hero!

on Saturday 23 November 2013



Bagi mereka yang kaki melancong, Eropah sememangnya salah satu destinasi ‘wish list’ untuk dikunjungi. Kehebatan Eropah merangkumi banyak faktor iaitu sejarahnya yang unggul, seni binanya yang menarik, geografi yang cantik serta persekitaran yang menyenangkan.

Perkhabaran indah mengenai Eropah antara sebab mengapa pendatang baru juga heroin filem Paku, Aishah Ilias, 26, memilih untuk bercuti ke sana baru-baru ini. Tidak sendirian, Aishah ditemani sahabat baiknya, Nurul Hasanah.

“Seronok dapat berjalan-jalan dengan kawan baik sendiri. Ini adalah destinasi paling jauh kami bercuti bersama. Kami membeli tiket Matta Fair sejak Mac lalu. Sebelum ini, saya hanya bercuti di negara kejiranan seperti Bangkok, Thailand dan Jakarta, Indonesia,” katanya.

Pun begitu, melalui sembilan hari percutian (5 hingga 13 November) yang cukup mengujakan di Jerman, Amsterdam, Belgium dan Perancis, Aishah sempat berdepan dengan pengalaman mendebarkan.

Penyeluk saku! Itulah antara drama yang berlaku tatkala dirinya senang enak menikmati keindahan Menara Eiffel, Paris.

“Bukan saya yang jadi mangsa, sebaliknya seorang lagi ahli daripada kumpulan rombongan kami, berbangsa Cina juga dari Malaysia. Saya ternampak seorang penyeluk saku cuba memasukkan tangan ke dalam begnya, lalu saya cepat-cepat tarik wanita itu dan mujurlah dia tidak kehilangan barang berharga.

“Sebenarnya dari awal lagi pemandu pelancong kami sudah memaklumkan supaya berhati-hati kerana di sana terdapat ramai penyeluk saku dan menjadikan pelancong luar sebagai mangsa.

“Saya masih ingat lagi semasa rombongan kami turun dari bas, tiba-tiba datang sekumpulan orang berkumpul di sekeliling kami dan bertanya adakah kami boleh berbahasa Inggeris? Saya sendiri tidak sempat berta­nya lanjut apa kaitan bahasa Inggeris dan perbuatan mencuri mereka,” katanya.

Bercerita mengenai pe­ngalamannya berada di Kota Cinta Paris, satu-satunya perkara yang mengujakan Aishah adalah membeli-belah. Apatah lagi, dapat memiliki beg tangan idaman­nya.

Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila gadis dengan ketinggian 5 kaki 7 inci itu membuat pengakuan dia tidak pernah rasa teruja sepanjang berada di Menara Eiffel.

“Sejujurnya saya tidak begitu ‘enjoy’ berada di Menara Eiffel tetapi tida pula melepaskan peluang bergambar berlatar belakang­kan Menara Eiffel. Mungkin kerana keadaan orang di situ terlalu ramai selain sudah dimaklumkan banyak pe­nyeluk saku buat saya rasa kurang selamat.

“Tetapi satu lagi aktiviti paling seronok tentunya membeli-belah dan saya tidak melepaskan peluang mendapatkan satu ‘hand­bag’ idaman dapat saya iaitu Chanel Boy untuk dibawa pulang sebagai kenang-­kenangan.
“Kenapa memilih Chanel berbanding hamparan jenama terkenal yang lain, kerana saya memang suka Chanel kerana ia tidak boleh didapati di ‘factory outlet’ dan membuatkan si pemakai nampak ekslusif. Selain itu, harganya boleh menjadi semakin mahal bagi sesetengah ‘hand­bag’. Saya kira ia bagus untuk pelaburan.”

“Pengalaman menarik yang lain tentunya menaiki ‘cruise’ di Sungai Seine yang menawarkan pengunjung panorama indah sekitar Kota Paris.

“Mungkin sedikit kesulitan yang kami alami sukar untuk mencari makanan halal. Justeru hampir setiap hari pagi, petang dan malam, kami makan roti saja selain masalah mendapatkan sos cili,” katanya.

Bercerita mengenai pe­ngalamannya berada di Amsterdam, ibu kota Belanda negara yang terkenal dengan bunga tulip juga kincir angin itu, Aishah mengakui sangat terpersona dengan budaya serta sisa sejarah yang masih terpelihara.

“Suasana di Amsterdam relaks dan tenang. Selain sempat bergambar di salah satu rumah kincir angin yang terkenal di negara itu, aktiviti paling saya suka adalah ke kilang keju. Banyak keju yang saya borong.

“Seperkara yang mengejutkan, benda-benda yang salah di sisi undang-undang Malaysia seperti dadah, ganja dan peralatan menggunakan bahan itu, di Amsterdam ia dijual secara terbuka. Malah, saya difahamkan dalam pembuatan kek turut menggunakan daun ganja.

“Di Brussels pula, saya tidak melepaskan peluang mengunjungi lokasi ­pembuatan pelbagai jenis waffle dan coklat mewah. ­Sementara Jerman, tidak banyak yang dapat saya kongsi kerana kami di sana cuma sehari saja.

“Mungkin dapat saya kongsi sedikit, kunju­ngan kami ke sebuah gereja ­popular di bandar Jerman. Gereja itu ketika dibina berwarna putih tetapi bertukar menjadi hitam.

“Kerja pembaikan termasuk cat dilakukan ­untuk mengembalikan wajah asalnya namun ia tetap juga hitam. Justeru pihak ­kerajaan disana meminta rakyat memberhentikan aktiviti membersih untuk menjadikan ia satu peri­ngatan betapa tenatnya udara dan ozon dunia tat­kala ini,” katanya.
sumber: http://www.hmetro.com.my/





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved