Wanita yang dikenali sebagai Munirah, 34, berkata selain pendedahan rakaman berkenaan, anak perempuannya berusia dua tahun setengah itu pernah dikesan ada benjolan di kepala.
Berikutan itu, Munirah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju kerana mengesyaki anaknya mangsa penderaan pengasuh di pusat jagaan berkenaan.
Katanya, premis itu menempatkan lebih 20 kanak-kanak, termasuk kurang upaya yang dikendalikan seorang pemilik dan dua pengasuh warga tempatan.
Anak bongsu daripada enam beradik itu dihantar sejak berusia lima bulan dan mula berubah sikap apabila menangis setiap kali hampir kawasan TASKA tersebut, katanya ketika ditemui, pemberita semalam.
Sementara itu, seorang bapa meletakkan kamera tersembunyi dalam beg sekolah milik anak lelakinya berkata, tindakan itu dibuat selepas mengesyaki ada kejadian penderaan berlaku di pusat jagaan itu.
Saya meletakkan kamera bentuk pen berharga RM48 di beg sekolah anak pada 17 Oktober lalu. Bagaimanapun keadaan beg terbalik menyebabkan kejadian tidak dapat dirakam dan hanya dengar suara seperti kanak-kanak dimarah, pukul dan tangisan kanak-kanak.
Pada 18 Oktober saya berjaya merakam insiden seorang pengasuh memukul seorang kanak-kanak rambut kerinting dengan tuala sehingga tersembam ke lantai, manakala kanak-kanak turut dipukul dan tampar menggunakan tangan, katanya.
Rakaman selama setengah jam itu dimuat naik ke Youtube dan Facebook kelmarin mendapat perhatian dua ibu kepada kanak-kanak di TASKA berkenaan, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.
sumber: Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment