Izzue Islam Harap Watak Komedi Diterima Peminat

[x]

Izzue Islam Harap Watak Komedi Diterima Peminat

on Thursday 21 November 2013


Pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam berharap agar filem genre komedi 'Hantu Tok Mudim' yang menampilkan dirinya memegang peranan utama diterima peminat.

"Filem 'Hantu Tok Mudim' merupakan filem komedi pertama yang saya jayakan selaku pelakon utama. Sebelum ini dalam filem 'Hantu Kapcai', saya memegang peranan pembantu sahaja. Saya harap semua akan menyokong dan menerima lakonan komedi yang saya bawakan," ujar Izzue ketika ditemubual usai Majlis Tayangan Filem 'Hantu Tok Mudim' di Cathay Cineleisure, Damansara pada Selasa.

Dalam pada itu, Izzue sempat merakamkan penghargaannya kepada semua yang menjayakan filem ini.

"Terima kasih kepada pengarah, Wan Hafiz yang memberikan saya peluang untuk menjayakan filem ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan pelakon senior seperti Harun Salim Bachik dan AR Badul yang memberi tunjuk ajar kepada saya dalam membina karakter dan membentuk watak saya dalam filem ini," tutur Izzue lagi.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru, Izzue memberitahu dia kinisedang menperlahankan karier lakonannya untuk memberikan tumpuan kepada promosi filem 'Hantu Tok Mudim' dan dua lagi filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada bulan Disember iaitu filem 'Ular' dan 'Cikaro'.

Selain itu, Izzue juga sempat memberitahu Forteen bakal keluar dengan album pertama mereka pada hujung tahun ini.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved