Klangit Punca Artis Baru Tidak Dapat Beraksi di AIM 20?

[x]

Klangit Punca Artis Baru Tidak Dapat Beraksi di AIM 20?

on Friday 22 November 2013

Melihat pada barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20, 14 Disember depan, boleh dikatakan kesemuanya hebat-hebat belaka. Jika sebelum ini, AIM menampilkan artis-artis baru dalam kategori Artis Baru Terbaik bagi membuat persembahan, namun tidak pada penganjuran edisi ke-20 ini.

Justeru, timbul isu kononnya pihak penganjur mengenepikan artis baru kerana takut kejadian seperti tahun lepas berulang di mana persembahan pentas agak hambar terutamanya membabitkan kumpulan ‘Klangit’ yang dikatakan membuat persembahan agak ‘kelaut’.

“Perkara tersebut tidak benar sama sekali. Jika kata kami mengenepikan artis-artis baru, kenapa ada persembahan seperti Waris, Juzzthin dan DJ Fuzz. Kali ini kami mahu menggunakan pendekatan yang berbeza. Contoh seperti AIM 18 di mana kami tampilkan persembahan dari bintang realiti dan bukan hanya segmen persembahan daripada calon Artis Baru Terbaik saja.

Kami tak mahu segmen persembahan yang sama saja ditonjolkan, jadi kami cuba cari kelainan untuk memperkenalkan mereka. Nak tahu konsep persembahan bagaimana kenalah tengok pada malam kemuncak nanti. Apapun, kami akan pastikan mereka yang membuat persembahan pada malam itu bersedia dan membuat persembahan dengan baik,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 20, Encik Rosmin Hashim ketika sidang akhbar baru-baru ini.

Ketika sidang media tersebut, Rosmin turut diajukan soalan sama ada pemilihan Waris bagi membuat persembahan adalah atas sebab kesian kerana lagunya, ‘Botingkek’ disingkirkan dari pencalonan Lagu Hip Hop Terbaik kerana tidak menepati syarat pencalonan.

“Kami pilih dia untuk membuat persembahan bukan sebab kesian. Lagipun dia masih ada satu lagi lagu yang dipertandingkan. Semua persembahan yang kami rancang ada keistimewaan tersendiri,” ujar Rosmin yang turut menjawab isu mengenai penampilan dua artis dari Indonesia, Datuk Rossa dan Afgan pada malam AIM 20.

“Afgan dan Datuk Rossa akan membuat persembahan dalam satu segmen persembahan yang sama. Walaupun AIM kali ini menonjolkan dua artis dari Indonesia, namun tidak bermakna kami tidak membelakangkan artis tempatan. Tahun ini persembahan berkonsepkan meraikan sambutan ke-20 tahun AIM. Jadi, janganlah membuat penilaian sebelum menonton sendiri persembahan pada malam itu nanti,” ujarnya mengakhiri perbualan.

AIM 20 membariskan artis-artis terkemuka seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Ning Baizura, Shila Amzah, Aizat Amdan dan ramai lagi untuk membuat persembahan pada malam kemuncak yang bakal berlangsung pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved