Tasha Shilla Dalam Proses Kenali Hati Peninju Muay Thai

[x]

Tasha Shilla Dalam Proses Kenali Hati Peninju Muay Thai

on Friday 22 November 2013


Biarpun sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka hanya kawan biasa, namun pelakon cantik Tasha Shilla masih lagi dikaitkan dengan pemain bola sepak Mahali Jasuli. Perkara ini dikuatkan lagi apabila Tasha dikatakan 'kantoi' berkepit dengan Mahali ketika menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia XI menentang Barcelona FC di Stadium Shah Alam beberapa bulan lalu.

“Mahali dengan Tasha memang kawan biasa saja, tak lebih daripada itu. Tidak dinafikan Tasha memang pergi ke stadium untuk menonton perlawanan tersebut tapi Tasha pergi atas jemputan pihak TV3. Bukan Tasha seorang saja tapi ada juga selebriti lain seperti Nad Zainal yang pergi. Sejujurnya memang penat jugalah sebab Tasha asyik kena terangkan mengenai perkara ini tapi Tasha tak kisah.

"Cuma perkara ini akan buat orang lain takut untuk berkawan dengan Tasha. Bila Tasha kata Tasha hanya berkawan maksudnya memang kami hanya kawan sahaja. Apapun, jika ada berkawan dengan sesiapa, Tasha akan beritahu kepada semua peminat dan wartawan,” ujar Tasha ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

Ketika perbualan GUA dengan pelakon yang kini popular menerusi drama TV3, ‘Terukir Di Bintang’ ini, Tasha ada terlepas kata memberi gambaran dia sedang berkawan dengan seseorang. Ditanya adakah kawan yang dimaksudkan itu seorang peninju Muay Thai, Tasha tidak menafikannya.

“Tasha kenal dengan ramai kawan yang aktif dalam sukan Muay Thai, yang mana salah seorangnya ada dikaitkan dengan Tasha,” seloroh Tasha.

Biarpun pada mulanya agak keberatan untuk bercerita, namun Tasha bersikap terbuka dan sudi berkongsi mengenai kenalan barunya itu.

“Kami baru saja kenal dan masih terlalu awal untuk bercerita dengan lebih serius. Tasha anggap dia sebagai kawan biasa. Kami kenal atas kawan di mana kawan Tasha adalah kawan dia. Bagi Tasha, setiap persahabatan mesti terlebih dulu mengenali hati budi sahabat kita, tidak kira lelaki ataupun perempuan,” jelas Tasha yang baru-baru ini turut dipalit dengan kontroversi kononnya bercuti berduaan dengan pelakon Shah Iskandar di Kemboja.

“Biasalah, daripada gambar orang boleh cakap macam-macam, namun sebaliknya kami pergi beramai-ramai. Tasha dan Shah hanya berkawan dan pemergian kami ke sana adalah semata-mata atas dasar kerja. Tasha terlibat dengan penggambaran telemovie ‘Lara dan Hadi’ dan memang pada mulanya kami pergi berdua dengan kru yang lain. Tapi keesokannya pelakon lain termasuk Zul Ariffin datang menyusul.”

Pemergian Tasha ke Kemboja selama seminggu bagi penggambaran telemovie arahan Shirin Khuzaimi ini juga mendapat komen negatif apabila pelakon ‘Bunga April’ ini dihentam kerana mengambil foto berpelukan dengan Zul.

“Biasalah, macam Tasha cakap tadi daripada gambar orang boleh cakap apa saja sebelum tahu perkara sebaliknya. Tasha hanya sekadar berkongsi dengan peminat saja. Mereka di luar sana nak cakap apa, cakap sajalah sebab Tasha tak ambil peduli,” ujar Tasha mengakhiri perbualan.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved