Kos Perkahwinan Zain Saidin, Rozita Che Wan Cecah RM1.21 Juta

[x]

Kos Perkahwinan Zain Saidin, Rozita Che Wan Cecah RM1.21 Juta

on Sunday 24 November 2013


Gelaran Wedding of the Year 2013 boleh di’berikan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Minggu lalu kami ada laporkan yang pasangan ini sudah berbelanja lebih RM200,000 untuk barangan hantaran sahaja namun ini ada informasi tentang kos keseluruhan.

Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Zain Saidin berkata yang hantaran berjumlah RM100,000 kepada Rozita Che Wan adalah hasil kerja keras beliau sepanjang tahun manakala sebahagian besar kos RM1.21 juta untuk perkahwinan mereka datang dari tajaan.

“Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami & pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami,” ujar Zain Saidin.

Zain Saidin turut berkata yang beliau menyerahkan RM100,000 kepada Rozita Che Wan untuk membeli apa sahaja yang di’hajati kerana ingin melihat bakal isterinya itu berpuas hati dan dalam masa yang sama membelikan barang hantaran untuk dirinya di London & Paris.

Masih anda ingat perkahwinan pasangan Ezlynn & Adam yang mendapat tajaan RM12 juta pada tahun 2012 yang lalu? Perspektif, ya perspektif. 
sumber: http://www.rotikaya.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved