Shahmeen Shah Tunggu 7 Tahun

[x]

Shahmeen Shah Tunggu 7 Tahun

on Sunday 24 November 2013


Shahmeen Shah, 23, merupakan seorang penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti nyanyian 8TV, ‘One In A Milliom’ (OIAM) musim pertama pada tahun 2006. Berjaya menempatkan diri sehingga ke peringkat Top 10, kerjaya nyanyian Shahmeen hanya statik selepas tamatnya program tersebut. Selepas hampir tujuh tahun, kini Shahmeen kembali tampil memeriahkan dunia seni.

Sempena dengan kehadiran filem ‘Papadom 2’ yang bakal ditayangkan pada 12 Disember 2013 ini, Astro Shaw, Ismail Holdings dan Vision Works telah melancarkan video muzik lagu runut bunyi yang dinyanyikan oleh Shahmeen, berjudul ‘Abadi’. Video muzik tersebut dilancarkan di Red Box Sogo, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Setelah sekian lama sepi tanpa sebarang publisiti, Shahmeen menjelaskan yang dia kembali ke persada seni kerana minatnya yang mendalam terhadap dunia nyanyian.

“Menjadi seorang penyanyi merupakan minat saya dari dulu lagi. Sebelum ini, saya pernah menyertai pertandingan seperti Bintang Kecil RTM Johor, OIAM dan Mentor, namun nasib masih belum berpihak kepada saya. Ibu saya pun banyak mendorong dan memberikan semangat kepada saya agar tidak berputus asa dan meneruskan usaha untuk menjadi penyanyi,” jelas anak muda kelahiran Johor ini.

“Ini pertama kali saya bekerja dengan nama-nama besar. Satu perkara baru bagi saya kerana saya keluar dengan lagu dan video muzik secara serentak. Melalui single ini, saya berharap agar saya mampu melebarkan sayap dalam muzik R&B dan Soul di Malaysia,” tutur Shahmeen lagi yang mula dikesan bakatnya oleh Afdlin Shauki semenjak Shahmeen menghadirkan diri ke ujibakat Mentor.

Single ‘Abadi’ merupakan ciptaan Azman Abu Hassan dan Johana Johari. Video muzik untuk single ini telah diarahkan oleh Esham Shahlin dan penggambaran telah berlangsung selama satu hari. Apa yang menariknya, video muzik ini menampilkan beberapa selebriti popular tanah air.

Antara selebriti yang ditampilkan dalam video muzik ini ialah Sharifah Amani bersama bapanya, Faizal Hussein bersama anak perempuannya, Dina Nadzir muncul bersama ayahnya dan pengarah Aziz M. Osman muncul bersama tiga orang anak perempuannya. Selain itu, video muzik ini juga menampilkan pelakon utama filem ‘Papadom 2’, Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay serta pelakon filem ‘Appalam’, Raja Ilya dan Gana.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved