Seniman: Zed Zaidi sedia pegang jawatan semula

[x]

Seniman: Zed Zaidi sedia pegang jawatan semula

on Saturday 23 November 2013


Bekas presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 33, bersedia menjadi pemimpin persatuan itu semula sekiranya mendapat mandat baharu daripada ahli persatuan.

Ujarnya, dia akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembatalan Mesyuarat Agung (AGM) Seniman kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu sekali gus menyebabkan dirinya bukan lagi presiden persatuan tersebut.

"Saya akur dengan keputusan mahkamah dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Saya juga tidak menolak untuk menerajui persatuan ini sekiranya dipilih sekali lagi untuk menjadi presiden pada AGM yang bakal diadakan dalam tempoh kira-kira dua bulan," ujarnya.

Zed berkata demikian pada majlis sidang akhbar yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) hari ini, yang dihadiri lebih 50 ahli persatuan itu yang turut menyatakan sokongan mereka.

Pada 21 November lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan pembatalan AGM ke-14 yang menyaksikan keseluruhan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman terbubar secara automatik sebelum pelantikan semula diadakan. 
sumber: utusan online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved