Erma Fatima Kecewa Kerana Kecaman Peras ‘kudrat orang’

[x]

Erma Fatima Kecewa Kerana Kecaman Peras ‘kudrat orang’

on Saturday 23 November 2013

Sebaik keputusan mahkamah berpihak kepada Rabecca Nur Al-Islam atau Rabecca, pelakon itu tampil memberi kenyataan membabitkan kemenangannya terhadap kes saman terhadap pengarah Erma Fatima.

Malah, ketika sidang media tersebut beliau turut menyentuh beberapa perkara membabitkan sikap penerbit drama dibintanginya, Dejavu Di Kinabalu.

Ternyata kenyataan diberi itu membuatkan Erma Fatima benar-benar terluka. Katanya, sekali imbas membaca kenyataan Rabecca membuatkan timbul tanggapan bahawa dia jenis penerbit yang tak bayar artis. Ibaratnya dia memang kejam kerana mengerah kudrat orang tetapi tidak mahu bayar upah.

Kata Erma, Rabecca menandatangani kontrak 28 episod tetapi sepanjang penggambaran, dia dapat laporan daripada pengarah, pelakon itu sering datang lambat dan buat perangai diva di set. Disebabkan masalah disiplin, watak pelakon itu terpaksa dimatikan pada episod 19. Atas alasan itu juga, dia hanya membayar upah Rabecca mengikut episod dibintangi.

Katanya lagi, sewaktu di mahkamah, beberapa kakitangan produksi, termasuk pelakon utama drama itu, Tizz Zaqyah dan Aqasha, menjadi saksi untuk pihaknya kerana mereka berdepan masalah akibat sikap tidak berdisiplin Rabecca.

Itu belum lagi cerita pengurus produksi mengadu Rabecca memakinya apabila dia mengadu sikapnya. Katanya, dia boleh pulangkan bayaran lakonan dan tidak mahu datang penggambaran kerana suaminya orang kaya.

Menilai situasi itu, jelas Erma, bagaimana dia mahu memberi notis bertulis seperti dinyatakan mahkamah hingga menjadi punca kekalahannya dalam kes saman itu kalau sudah begitu sikap dan perangai Rebecca sehingga menimbulkan masalah kepada semua pihak.

Sebenarnya andai dilihat dari situasi Erma dan Rabecca, sebenarnya hubungan kerja antara kedua-dua pihak sudah lama terjalin. Malah selain drama, Rabecca membintangi beberapa teater diarah atau ditulis Erma.

Dalam tempoh itu, tidak sekali pun kita dengar cerita Erma Fatima dan Rabecca tidak boleh bekerjasama atau bermasalah. Namun entah mengapa apabila menghasilkan Dejavu Di Kinabalu, lain pula jadinya sehingga membawa sampai ke mahkamah.

Apapun, kes yang berlaku antara Erma dan Rabecca seharusnya menjadi contoh kepada semua penerbit mahupun pelakon. Paling penting, kontrak disediakan atau mahu ditandatangani harus diteliti dengan sebaik-baiknya.
sumber; Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved