Aida Yusof Tidak Tertekan

[x]

Aida Yusof Tidak Tertekan

on Saturday 14 December 2013


Isteri Adi Putra, Aida Yusof mendedahkan yang dia berasa lega kerana keputusan kes berpihak kepada Adi. Adi didakwa mempunya hubungan skandal dengan isteri orang.

"Saya lega kerana keputusan berada di pihak kami. Jadi selepas ini, tidak perlu lagi kami dikaitkan dengan perkara ini. Saya berpegang kepada prinsip kesabaran. Bila saya mendengar keterangan di pihak sana, saya tidak melenting kerana sebagai pasangan suami isteri, aib pasangan harus dijaga," jelas Aida.

Aida juga mendedahkan yang dia ada berpesan kepada Adi supaya bersabar dengan semua perkara yang terjadi.

"Saya cakap dengan Adi, perkara itu gosip sahaja. Adi harus bersabar dan tenang dengan semua perkara yang terjadi. Bila tenang, semuanya akan positif dan bila huru-hara, perkara sebaliknya akan terjadi," ujar Aida lagi.

Mengulas mengenai bagaimanakah dia berhadapan dengan orang sekeliling, Aida menjawab yang sudah semestinya ada yang berkata buruk mengenai dirinya namun dia hanya membiarkan sahaja.

Dia menegaskan yang dirinya tidak tertekan dengan situasi yang terjadi terhadap suaminya.

"Saya tidak rasa tertekan, saya juga tidak stress dengan perkara yang terjadi sebab saya tahu apa situasi sebenarnya. Bila ada gosip sebegini, saya tidak tertekan walaupun ianya pertama kali melibatkan pihak polis dan kesnya juga besar," tutur Aida lagi.
sumber:http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved