Sambutan Hari Jadi terindah Fouziah Gous

[x]

Sambutan Hari Jadi terindah Fouziah Gous

on Saturday 14 December 2013

Selepas suaminya Md Zhafran Mohd Yusof (Zhaf) meraikan hari jadinya yang ke-31 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada malam hari jadinya (11 Disember), Fouziah Gous tidak sangka ada lagi kejutan yang disediakan untuknya.

Tarikh hari jadi Fouziah tahun ini sangat istimewa iaitu 11.12.13 dan tarikh itu tidak hadir setiap tahun lantas Zhaf mahu menjadikan hari itu adalah yang terindah dalam hidup isterinya itu.

Cerita Fouziah, pada hari jadinya itu, sejak tengah hari Zhaf membawanya keluar makan ke semua restoran yang menyajikan makanan kegemarannya daripada pusat beli-belah Pavilion sehingga mereka pergi ke Empire Tower di Subang untuk membeli kopi kegemarannya.

“Sampai malam kami keluar dan ketika nak balik, Zhaf menutup mata saya dengan tali lehernya dan saya kata padanya, takkan ada lagi ‘surprised party’ untuk saya. Dia kata sempena hari jadi saya, beri dia peluang buat apa saja untuk saya.

“Saya ikutkan saja kehendaknya dan bila sampai ke satu destinasi dia dukung saya kerana dia tak mahu saya tahu kami berada di rumah. Gerak hati saya mengatakan kami balik ke rumah di Bukit Jelutong tetapi di depan rumah saya ada tangga tetapi ketika Zhaf mendukung saya tak terasa pula yang dia naik tangga.

“Dia bawa saya berpusing-pusing supaya saya tak perasan dan dari kejauhan saya dengar seperti ramai orang. Apabila saya buka mata, rupanya kami berada di taman dekat rumah. Semua keluarga dan kawan-kawan karib saja sejak sekolah ada. Saya sangat terharu sehingga menangis dan tak tahu nak kata apa.

“Semuanya Zhaf buat sendiri dan dia berusaha mencari nombor telefon kawan-kawan saya dan mereka yang rapat dengan saya untuk datang ke majlis itu. Ingatkan Norza (PA Fouziah) yang bantu, rupanya dia yang buat sendiri,” katanya.

Sejak awal Fouziah beritahu Zhaf yang dia tak mahu hadiah kerana apabila mereka berkahwin, Zhaf adalah hadiah paling istimewa buatnya.

“Dia tetap juga berikan saya hadiah iaitu rantai dan anting-anting berlian. Ada lagi hadiah lain seperti jambangan bunga. Dia melayan saya sangat istimewa dan ini kali pertama kami meraikan hari jadi sebagai suami isteri.

“Saya sangat bersyukur kerana ditemukan dengannya dan semoga kami berbahagia sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Fouziah dan Zhaf mendirikan rumah tangga pada 21 September lalu.
sumber: http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved