Menerusi laman Instagram miliknya, boleh dikatakan setiap hari Izreen akan berkongsi keletah comel bayi yang diberi nama Muhammad Adrian Umar bersama peminatnya.
Namun petang semalam, senyuman manja Adrian Umar tidak kelihatan sewaktu Izreen memuat naik foto anaknya itu yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan.
Melalui gambar yang dikongsikan, Adrian Umar dipercayai mengalami sesak nafas dan kini sedang dirawat di sebuah hospital.
Biar apapun penyakit yang dihidapi, diharapkan agar si kecil itu segera sembuh dan semoga tiada perkara serius yang berlaku kepadanya di masa akan datang.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment