Isteri pelakon Adi Putra, Zuhaida Yusof sedikit pun tidak gusar saat suaminya itu dikecam dengan tuduhan skandal yang boleh mengundang keretakan rumahtangga mereka.
Malah, Zuhaida yang disifatkan Adi sebagai contoh atau ikon buat wanita yang sudah berstatus isteri masih boleh tersenyum walaupun diheret dengan kutukan yang telah mencalar hatinya.
“Semasa kes ini mula diperkatakan,saya berada di sisi Adi. Saya tahu mana yang betul dan salah. Terpulanglah kepada mereka sama ada untuk memanjangkan lagi cerita berkaitan kes ini.
“Sejujurnya, saya rasa lega apabila kes ini berpihak kepada suami saya. Saya sentiasa pegang kepada prinsip sabar. Bagi saya, apabila sudah berkahwin, baik si isteri mahu pun suami, kita perlu jaga aib masing-masing.
“Sepanjang kes ini kecoh dibahaskan, ada juga pihak menuduh saya macam-macam dengan mempersoalkan fizikal dan wajah saya. Saya terima segalanya kerana inilah anugerah yang telah dikurniakan kepada saya,” katanya.
Dalam pada itu, Aida mengakui sedikit pun tidak tertekan atau terjejas dengan hubungannya dengan Adi.
“Saya langsung tidak tertekan kerana saya tahu apa yang berlaku. Entahlah, mungkin saya ada kekuatan dalaman yang saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan.
“Inilah kali pertama kes yang melibatkan polis. Apa yang saya lakukan adalah tanggungjawab saya sebagai isteri.
“Apa yang paling penting, kita perlu terima dan tidak boleh menghebahkan aib masing-masing,’ jelasnya.
Sumber: http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment