'Baju kurang kain saya simpan'

[x]

'Baju kurang kain saya simpan'

on Monday 23 December 2013


Lana Nordin buang tabiat lama, berubah bukan kerana Johan As’ari

Perkenalan mereka hingga berputik rasa cinta cukup pantas. Dalam tempoh tiga hari, Johan As’ari, 27, mengejutkan industri hiburan apabila ingin melamar Lana Nordin, 34, sebagai isteri sedangkan sebelum ini ramai yang menyangka Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH 2011 itu intim dengan Shila Amzah.

Plot cerita bertambah menarik apabila dikatakan wujud perang dingin antara Shila dan Johan. Siri keterangan gambar di laman Instagram dan status yang dimuat naik di Twitter miliknya seakan mengesahkan ada sesuatu yang tak kena. Dalam erti kata lain cinta seperti bertepuk sebelah tangan.

Ramai juga yang pantas menghukum. Johan dilihat seperti lelaki suci kerana sejarah dirinya manakala Lana pula yang selama ini terkenal dengan sensasi dan kontroversi termasuk berimej seksi sehingga pernah digelar Pamela Anderson Malaysia pula dianggap perempuan jahat.

Itu barangkali hanya persepsi manusia. Lana yang ditemui baru-baru ini ketika sibuk berlatih teater Bahayanya Wanita arahan Zamberi Shaari atau Bombay di Istana Budaya mengakui ada harga yang perlu dilakukannya apabila ditakdirkan bertemu dengan Johan.
sumber:http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved