Mariah Carey Diselar Kerana Presiden Angola

[x]

Mariah Carey Diselar Kerana Presiden Angola

on Monday 23 December 2013

Mariah telah diselar kerana mengadakan persembahan untuk Presiden Angola Jose Eduardo.

Penyanyi terkenal, Mariah Carey diselar kerana telah mengadakan sebuah persembahan khas untuk presiden Angola, Jose Eduardo.

Mariah dikatakan tidak sensitif kerana seolah-olah bersetuju dengan sifat Jose yang terkenal dengan pemerintahan diktator selain dituduh bertanggungjawab terhadap kematian penentangnya sebelum ini.

Penyanyi lagu The Art Of Letting Go itu juga dilaporkan telah dibayar sebanyak USD1 juta (RM3 juta) oleh Jose.

Bagaimanapun pengurus Mariah, Jermaine Dupri mempertahankan tindakan tersebut dan merasakan penyanyi itu tidak melakukan sebarang kesalahan.
Mariah bersama anak kembarnya, Morrocan dan Monroe di Aspen bersempena sambutan Hari Krismas.

Malah Jermaine menolak dakwaan penyanyi itu menerima bayaran RM3 juta seperti dihebahkan sebelum ini.

"Presiden Amerika sendiri bergambar dan mengucapkan tahniah kepada Jose atas kejayaannya mempertahankan jawatannya dan mengapa pula persembahan Mariah dipertikaikan?," soalnya.

Sementara itu, Mariah enggan mengula mengenai perkara tersebut dan sedang berada di Aspen untuk meraikan sambutan Hari Krismas bersama suami, Nick Cannon dan dua anak mereka, Monroe dan Morrocan.
sumber: http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved