Bekas Suami Nooraida Tetap Mahu Teruskan Kes

[x]

Bekas Suami Nooraida Tetap Mahu Teruskan Kes

on Sunday, 22 December 2013


RASANYA seantero Malaysia sudah tahu wanita yang dikatakan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra sudah diceraikan suaminya, Khamis lalu.

Namun, jangan ingat perceraian itu akan menamatkan tuntutan Amiruddin Othman, 56, yang mahu kes tersebut dinilai semula.
Semalam, bekas suami Nooraida Abdul Mutalib, 30, itu datang ke Jabatan Peguam Negara bagi menghantar surat rayuan untuk mempertimbangkan kes yang berstatus “No Further Action (NFA) itu, memetik laporan portal GUA.
“Selama empat bulan perkara ini berlangsung, maruah dan nama baik saya tercalar. Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga dan kini telah bercerai, saya tetap akan meneruskan prinsip saya untuk melanjutkan perkara ini untuk menegakkan kebenaran. Ada orang cakap saya membuka aib, tapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang saya hadapi. Saya bukan mahu duit ataupun populariti, tetapi saya mahukan kebenaran ditegakkan.
“Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia. Impak dari kes ialah sebuah rumah tangga runtuh dan hubungan kekeluargaan menjadi tegang. Saya nak tegakkan kebenaran, itu sebabnya saya ingin meneruskan perkara ini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, jika rayuan tersebut tidak berhasil, dia akan terus membawa perkara tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil.
Fuh, memang panas! Kami pun tidak dapat menjangkakan bilakah perkara ini akan berakhir kerana jika ia benar-benar dibawa ke mahkamah, bukan sehari dua akan selesai.
Ada yang mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun.
Namun, pada masa yang sama, kami harapkan sesuatu yang positif untuk sesiapa saja yang berada di pihak yang benar.
sumber;MYNEWSHUB
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved