Pelakon Rita Rudaini Mokhtar sedia menjawab sebarang persoalan dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, setahun mengenai isu cerai dengan bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Rita, 37, berkata, dia telah menyimpan keratan akhbar bermula laporan dia berkahwin lari dengan Aidil di Songkhla, Thailand sehinggalah berita terkini berkaitan mereka berdua untuk dibaca oleh Rayyan dan Arjuna kerana percaya akan ditanya berhubung isu cerai mereka berdua apabila kanak-kanak itu dewasa kelak.
"Saya tahu, satu hari nanti saya perlu berdepan dengan pelbagai soalan daripada anak-anak punca-punca saya dan Aidil bercerai.
"Kerana itu, saya telah menyimpan semua keratan akhbar laporan berkaitan dengan kami agar mereka boleh baca dan faham sendiri," katanya.
Rita dan Aidil telah sah bercerai talak satu pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.
Gambar fail: Rita bersama anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Tambah Rita, dengan cara itu juga boleh memudahkan cara dalam menerangkan situasi sebenar kepada mereka. Malah Rita percaya, anak-anaknya tidak akan terkejut dengan kisah-kisahnya dengan Aidil di internet selepas membaca keratan akhbar yang diberikannya.
Dalam pada itu, Rita juga berharap tidak ada pihak yang menganggap cara Rita itu adalah salah satu untuknya menghasut fikiran Rayyan dan Arjuna.
"Saya bukannya jenis yang cuba menghalang anak-anak untuk mendapat kasih sayang bapa mereka.Dulu semasa kecil, mak dan ayah bercerai dan saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana dia telah menghilangkan diri.
"Bagaimanapun sewaktu umur 17 tahun, ayah kembali dan saya melayannya seperti biasa. Ibu tidak pernah ajar untuk membencinya. Dan begitu juga dengan saya yang tidak mahu anak-anak membenci Aidil," tegasnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Balistik bersama barisan pelakon Adi Putra, Rosyam Nor dan Zul Ariffin yang akan ditayangkan bermula 9 Januari 2014.

sumber: http://www.mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment