Cristina menjelaskan dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada Januari ini kerana masalah banjir melanda Kuantan, Pahang.
Pelakon Cristina Suzanne terpaksa menangguhkan hari perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 22 Januari depan kerana masalah banjir yang melanda kampung halamannya di Kuantan Pahang.
Cris atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 28, berkata, penangguhan itu terpaksa dibuat kerana keadaan cuaca di negeri tersebut yang tidak menentu selain bimbang akan menyukarkan tetamu hadir ke majlis itu nanti.
"Keputusan itu terpaksa di ambil kerana masalah banjir yang sedang melanda Kuantan ketika ini selain ingin mengelak masalah lain yang mungkin kita tidak jangka," katanya kepada mStar Online.
Cristina ditemui pada majlis taklimat Festival Filem Asia Pasifik ke-56 (APFF-56) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Selasa lalu.
Pelakon filem KIL itu bakal berangkat ke Macau, China bersama 19 delegasi dari Malaysia untuk menghadiri festival itu yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Disember ini.
Dalam perkembangan sama, Cristina berkata, dia dan tunangnya bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh baharu perkahwinan mereka kerana ia masih dalam perbincangan.

Gambar mesra Cristina dan tunangnya yang disebarkan di internet dan blog hiburan baru-baru ini.
"Kami masih belum memilih bila tarikh baru perkahwinan itu nanti tetapi ia tetap akan berlangsung pada tahun hadapan juga," katanya.
Sementara itu, Cristina menafikan dia mendedahkan gambar-gambarnya bersama tunang yang tersebar luas di Internet dan blog hiburan baru-baru ini.
Kata Cristina, dia tidak pernah berbuat demikian kerana begitu menjaga hal-hal berkaitan peribadinya.
"Saya seorang yang menjaga perkara mengenai perihal peribadi dan gambar-gambar itu tersebar bukan atas kehendak saya. Tetapi perkara itu telah terjadi dan saya tidak salahkan sesiapa," ujarnya.
Dalam pada itu, Cristina berkata, dia bakal membintangi sebuah drama bersiri pada awal tahun hadapan dan akan menjalani penggambaran di Sydney, Australia.

sumber: http://www.mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment