Salah satu tajuk Sinar Harian hari ini, "Sudah-sudahlah Erma" berkaitan saman Erma-Rabecca.
Erma Fatima masih menyindir dengan menyerahkan wang yang sepatutnya dibayarnya, kali ini berbentuk RM1.
Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Rabecca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran.
Rabecca telah memulangkan duit itu setelah tak berpuas hati dengan duit 5 sen tersebut.
Erma tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Rabecca dengan menggunakan wang RM1.
Kali ini Rabecca menerimanya. Menerusi Instagram miliknya, dia mengucapkan terima kasih kepada Erma.
"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.
"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Rabecca.
Saman adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Rabecca. Mahkamah arahkan pembayaran dibuat.
Rabecca pula akan mendermakan keseluruhan wang tersebut.
"Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian, mungkin ini membuktikan dia masih tidak ikhlas mahu melakukan pembayaran mengikut arahan mahkamah. Bagaimanapun untuk tidak memanjangkan lagi kes ini, saya terima.
"Kini saya dalam perjalanan ke Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir di sana dengan menggunakan duit tersebut," ujarnya yang telah membeli barang-barang seperti makanan dan keperluan harian asas, lapor Utusan Malaysia.
Amacam Erma, puashati? Ikutlah nasihat Sinar Harian di atas, "Sudah-sudahlah Erma"!!

sumber: http://kininews.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment