Demi Mencari Keuntungan Lebih, Mereka Sanggup Tabur Paku Di Laluan Motorsikal

[x]

Demi Mencari Keuntungan Lebih, Mereka Sanggup Tabur Paku Di Laluan Motorsikal

on Sunday, 22 December 2013


Perbuatan pihak tak bertanggung jawab menabur paku di laluan motosikal bukan perkara baru.

Bagaimanapun dalam satu operasi mengutip paku yang dijalankan oleh pihak PLUS dengan bantuan penunggang motosikal yang prihatin di Sg Besi baru-baru ini, dapat dilihat pihak yang melakukan perkara ini sudah melampau benar.

Mereka mungkin tak terfikir, semata-mata kerana mahu mengutip keuntungan segera, ada nyawa yang melayang.

Buktinya pernah berlaku kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaan selepas tayar motor tercucuk paku di lebuhraya Sg Besi sebelum ini.

Tapi kalau difikirkan secara logik, tak susah nak siasat siapa dalang di sebalik perbuatan ini. Periksa saja nombor telefon tukang ganti tiub yang berada di kawasan kejadian atau kedai tayar terdekat.
Bukan nak menuduh tapi itu kalau dilihat dari sudut logiklah…
Sumber: http://mynewshub.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved