Rita Rudaini Hipokrit!

[x]

Rita Rudaini Hipokrit!

on Saturday, 21 December 2013


Rita Sombong! Satu cerita lagi, kali ini bukan dengar-dengar tapi penulis terpaksa mendengar luahan hati seorang peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Orange yang berkali-kali menelefon mengadu tentang Rita Rudaini. Katanya, pasal gosip terbaharu yang mendakwa Rita sebagai berlagak penulis. Kisah itu sebenarnya hanya menjadi perdebatan peminat, Rita dan seorang wartawan yang kurang disenangi ramai.

Katanya, Rita bukan main siap guna nama Tuhan menafikan tulisan seorang peminat bernama Ruby di sebuah laman gosip di internet. Orange menghubungi penulis, dia mendakwa Rita minta bukti kalau benar dia berlagak penulis dan tidak mengendah peminat yang menjerit-jerit panggil namanya di Anugerah Skrin baru-baru ini.

Tengok-tengok, selepas video bukti Rita yang buat-buat tengok telefon bimbitnya dan berlalu tanpa berpaling kepada orang yang menjerit namanya sudah ditepek sebagai bukti, Rita terus diam. Begitu juga dengan penyokong-penyokong Rita yang lain.

Kata Orange, dia bukan ada isu besar sangat bab berlagak tapi mempertahankan diri guna nama Tuhan itu disifatkannya sebagai satu sikap hipokrit. Sedap-sedap minta bukti, lepas orang bagi, terus senyap sebab sudah kantoi.

Orange cakap, dia baru tahu, rupa-rupanya ada juga artis yang menafikan perkara yang dilakukan walaupun bukti di depan mata. Sebagai peminat dia juga rasa tertipu dan macam payah nak percaya cakap artis. Penulis kelirulah. Mana satu yang betul, tapi siapa makan cili dia yang merasa pedas.-cari.com
sumber: http://bhinfoterkini.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved