EllaIni satu lagi cerita pasal filem. Kak Pora dengar, selepas kejayaan filem Rock Oo arahan Mamat Khalid yang dapat kutipan sampai RM4 juta ketika ditayangkan Februari lalu, khabarnya Mamat kini merancang untuk hasilkan satu lagi sekuel filem itu dengan judul Rock 3. Biar betul, Mamat?
Nampaknya, Mamat masih nak buat filem berkaitan muzik rock sebab itu juga adalah jiwanya. Filem genre muzikal macam Rock Oo boleh laris di pawagam, malah filem itu juga memberi saingan sengit dalam Anugerah Skrin 2013, baru-baru ini. Rock 3 dikatakan akan memulakan penggambaran awal tahun depan sebelum Mamat akan beralih pula untuk buat filem epik, Darah Melayu, pada Ogos nanti.
Kak Pora dengar khabar, bagi pemilihan watak dalam Rock 3, Mamat hendak ambil Ratu Rock Negara, Ella untuk berlakon sama supaya filem sekuel berkaitan dunia rock Melayu pada era 1980-an dan 90-an itu akan menjadi lebih menarik.
Bagus juga hasrat Mamat tu, lagipun Ella dah lama tak berlakon filem, apa salahnya kali ini beri peluang dia sekali lagi.
Kak Pora pun dah rindu nak tengok lakonan Ella. Suka sangat tengok lakonan dia dulu dalam filem Pemburu Bayang arahan Datuk Yusof Haslam, bergandingan dengan Awie. Ella juga sebelum ini pernah berlakon dalam filem Bayangan Maut dan Hanya Kawan. Tapi, untuk dua filem itu, Kak Pora bosan sikit tengok lakonan Ella sebab tak best...
Kalau buat filem rock, memang Ella tidak boleh dipisahkan dengan genre muzik ini sebab dia adalah Ratu Rock Negara. Kak Pora nak tunggu sejauh mana perkembangan berita ini dan mengharapkan Mamat beri penjelasan lanjut mengenai rancangan Rock 3.

sumber: http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment