Peserta MLM sumbang RM31,000 untuk mangsa banjir

[x]

Peserta MLM sumbang RM31,000 untuk mangsa banjir

on Sunday, 8 December 2013


Sebanyak RM31,000 berjaya dikutip daripada 12 peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) semalam bagi membantu mangsa-mangsa bencana banjir di Pantai Timur dan Johor.

Anggota kumpulan lawak duo Boboi, Afdlin Shauki berkata, sumbangan tersebut merupakan tanda keprihatinan para pelawak khususnya para peserta yang menyertai MLM kali ini terhadap nasib mangsa banjir itu.

"Ada pihak kata kami tidak prihatin dengan bencana yang melanda di lima negeri itu. Sebab itu, saya dan seorang lagi anggota Boboi, Harun Salim Bachik bersetuju mengutip derma itu.

"Semua peserta MLM bersetuju menyumbangkan sebahagian elaun mingguan mereka untuk mengisi tabung ini. Malah ada pelawak bukan peserta seperti Johan turut memberikan sumbangan," katanya selepas rancangan MLM 2013 minggu keempat di sini semalam.

Afdlin yang juga pelakon dan pengarah berkata, hasil kutipan itu akan diserahkan kepada pihak Astro pada rancangan MLM 2013 minggu kelima untuk disalurkan kepada mereka yang berkenaan.

MLM minggu keempat yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam menerusi saluran Astro Warna itu menampilkan 12 peserta iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Bocey, Sepahtu, SYJ, Boboi dan Mamu.
 sumber: UTUSAN ONLINE
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved