Farawahida Gemuruh Nanti Hari Bahagia

[x]

Farawahida Gemuruh Nanti Hari Bahagia

on Friday, 6 December 2013


Penyanyi yang mendapat jolokan Kajol Malaysia, Farawahida gementar menantikan hari bahagianya. Fara bakal bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Abdul Shukur pada 16 Disember ini. Dalam temubual telefon dengannya baru-baru ini, Fara menjelaskan dia kini sibuk dengan persiapan terakhir majlis perkahwinannya.

"Saya kini sedang sibuk menyiapkan persiapan akhir untuk menanti hari bahagia. Sejujurnya, saya tidak langsung fikir apa-apa mengenai hari perkahwinan yang bakal tiba kerana saya sangat sibuk," ujar Fara memulakan perbualan.

"Tapi selalunya apabila hendak masuk tidur barulah saya terfikir saat itu makin hampir. Saya bakal menjadi isteri orang. Tiba-tiba rasa gemuruh itu datang," jelas gadis yang popular dengan lagu 'Tanpamu' ini.

Fara bakal dinikahkan pada pagi 16 Disember di Sentosa Villa, Taiping, Perak dan pada sebelah malamnya pula, majlis persandingan akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping.

Dalam pada itu, Fara turut berkongsi persiapan perkahwinannya sudah siap sebanyak 90 peratus. Baju nikah Fara direka oleh Syarakim sementara persalinan untuk resepsi hasil sentuhan Wan Azlan Zainurin Couture dan Jimmy Couture.

"Persiapan untuk berkahwin telah siap sebanyak 90 peratus dan hampir 80 peratus diselesaikan oleh perunding perkahwinan saya. Walaupun begitu, idea asal semuanya datang daripada saya. Saya tidak sabar menanti hari bahagia itu," jelas Fara lagi.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved