Talha Harith Banyak Bermain Emosi

[x]

Talha Harith Banyak Bermain Emosi

on Friday, 6 December 2013


Pelakon yang mula dikenali menerusi watak Black dalam drama bersiri ‘Juvana’, Talha Harith mendedahkan dia dan peminatnya tersentuh kerana drama bersiri ‘Menjinak Ombak’. Drama yang bakal menghiasi slot Zehra di TV3 ini akan mula bersiaran pada Jumaat ini jam 9.00 malam.

“Sewaktu menjalani promosi untuk drama ini di Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini, sedutan drama ini disiarkan di booth Cereka. Ada peminat yang tersentuh dan menangis selepas menonton sedutan drama ini. Saya sendiri yang berlakon pun tersentuh selepas menyaksikan sedutan ‘Menjinak Ombak’ ini,” jelas Talha memulakan temubual.

Talha menceritakan kepada GUA serba sedikit mengenai wataknya dalam drama yang menggandingkan dirinya bersama Risteena Munim, Shukri Yahaya dan Fezrul Khan ini.
“Saya memegang watak sebagai Ashraf. Ashraf merupakan seorang pembawa cerita. Plot penceritaan drama ini bergerak kerana Ashraf. Apa yang boleh saya katakan, drama ini banyak bermain dengan emosi. Dari awal sehingga akhir, banyak babak sedih yang akan dipaparkan,” ujar Talha lagi.

“Karakter saya sebagai seorang pelajar universiti yang berkawan baik dengan watak yang dilakonkan oleh Risteena. Saya memendam hati kepada Risteena dan Risteena juga merasakan perkara yang sama. Namun begitu, segalanya tidak kesampaian apabila ibu bapa Risteena menjodohkan Risteena dengan seorang ustaz yang dilakonkan oleh Fezrul,” cerita Talha lagi ketika ditemui di Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di ASWARA pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Talha, ‘Terukir di Bintang’ sedang disiarkan di slot Samarinda TV3. Selain itu, drama yang pernah dilakonkan oleh Talha seperti drama ‘Darjat’ dan ‘Setia Hujung Nyawa’ kini sedang diulang tayang di TV3.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved