Henti keluar ‘Raja Kapcai’

[x]

Henti keluar ‘Raja Kapcai’

on Saturday 14 December 2013


Honda EX5, model ikon segmen motosikal moped yang sudah bertapak kukuh selama 26 tahun di pasaran hingga digelar ‘Raja Kapcai’ akan dihentikan pengeluaran mulai 31 Disember ini.

Pengedarnya, Boon Siew Honda Sdn Bhd, semalam mengumumkan Honda EX5 Dream yang turut dikenali dengan nama kod C100 dan C100MB akan ditamatkan pengeluarannya bagi mematuhi panduan Forum Sedunia Penyeragaman Peraturan Kenderaan (WP.29) di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Eropah (UNECE).

Sejak berada di pasaran tempatan, Honda EX5 Dream sudah menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada rakan niaga dan pengedar motosikal Boon Siew Honda di samping menyumbang dari segi mobiliti kepada pelanggan serta komuniti daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Model versi baharu

Boon Siew Honda berkata, pengganti kepada model berkenaan adalah Honda EX5 Dream 110 baru yang dilancarkan Julai lalu.

Mengikut kenyataan itu, Honda EX5 Dream 110 mengekalkan penampilan klasik model sebelumnya secara keseluruhan serta dilengkapi dengan ciri-ciri dipertingkatkan seperti enjin 110cc Standard Euro 2 yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 11 peratus dengan kecekapan bahan api 53.6 kilometer bagi setiap liter.

Versi baharu itu juga, katanya, dilengkapi tangki minyak lebih besar iaitu empat liter, tayar serta tempat duduk lebih lebar serta suspensi lebih lasak bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk tahap kemampuan, keselesaan dan lasak.
“Kami berterima kasih kepada semua rakan niaga dan pengedar, media dan terutama sekali pelanggan yang memberikan sokongan mereka selama ini.

“Kami juga amat menghargai jalinan persahabatan dengan semua pemegang saham dan amanah syarikat dan berharap agar dapat terus melangkah ke hadapan dengan sokongan semua terhadap Honda EX5 Dream 110 baharu pada masa akan depan,” kata syarikat itu.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang www.boonsiewhonda.com.my atau menghubungi talian bebas tol Boon Siew Honda di 1800-88-3993 pada Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali cuti umum.
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved