Nasihat buat Che Ta

[x]

Nasihat buat Che Ta

on Saturday 14 December 2013

Ammar (kiri) dan Aniq mengalu-alukan kehadiran Zain dalam keluarga mereka. 

Naluri keibuannya terusik dan perasaan sebak menyelubungi diri tatkala melihat anak kesayangan kini sudah bergelar isteri orang.

Hati mana yang tidak gembira apabila anak perempuan yang sudah sekian lama hidup bersendirian, selepas perkahwinan pertama gagal dipertahan kira-kira sedekad lalu, akhirnya melangkah semula ke alam rumah tangga.

Bagi Zabedah Saad, keputusan pelakon Kiah Pekasam itu untuk mendirikan rumah tangga adalah yang tepat, lebih-lebih lagi selepas melihat kesungguhan Zain Saidin untuk memperisteri wanita jelita terbabit.


“Sebagai ibu, siapa saja pilihan Rozita, saya merestuinya. Saya melihat Zain begitu bersungguh-sungguh untuk memperisteri Rozita. Dia pun pandai menyesuaikan diri dengan keluarga kami yang ramai ini, serta menerima kami seadanya,” terang wanita berusia 60 tahun ini ketika ditemui pada majlis pernikahan Rozita dan Zain di Pusat Persidangan Setia City, Shah Alam, malam kelmarin.

Pada majlis akad nikah itu, pasangan pelakon terbabit sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Foto
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved